MULTI- DISIPLIN
DALAM ARKEOLOGI
Analisis Biokimia
Apabila alat batu digunakan untuk menetak pokok
atau memotong daging, ia akan meninggalkan kesan guna yang tertentu. Kadang-
kadang terdapat kesan lemak, darah dan
sisa organic yang tertinggal pada alat batu tersebut. Kesan ini dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop.
Cara ini dapat memberi gambaran tentang
fungsi sesuatu alat itu.
Analisis
biokimia terhadap mendapan seperti darah dapat membekalkan maklumat bagi
bidang arkeologi. Sebagai contoh, di
tanah subartik berasid di Kanada Barat, mendapan darah yang dijumpai pada alat
batu telah mendedahkan bahawa kambing bebiri gunung dan karibu telah dibunuh
dan di makan oleh manusia prasejarah. Selain itu, kesan tisu, darah dan
bulu bison Amerika Selatan juga dijumpai pada permukaan alat batu. Ia
merupakan penemuan yang tidak terduga kerana bison tidak terdapat di rantau ini
dan tidak dianggap salah satu jenis binatang yang dimakan oleh manusia
prasejarah di kawasan tersebut.
Disiplin Kimia
W. F. Libby
telah memperkenalkan satu kaedah untuk
menentukan usia mutlak bahan- bahan organic purba dan tidak bertarikh dengan
penemuan pentarikhan radiocarbon.. Sejak itu, kaedah ini menjadi salah satu
teknik yang digunakan paling meluas untuk
mendapatkan pentarikhan kronometrik (mutlak) bagi tapak arkeologi dan artifak.
Penemuan kaedah- kaedah lain seterusnya yang juga menggunakan pengukuran
susutan radioaktif telah memberi sumbangan yang banyak terhadap pentarikhan
arkeologi.
Di Malaysia, beberapa teknik
pentarikhan kronometrik telah digunakan. Ini termasuk pentarikhan radiocarbon (C14), spektrometri jisim pencepat
(AMS), termo pendar kilau (TL), pandar kilau rangsangan optic (OSL), resonans
spin electron (ESR), argon potassium (K-Ar) dan kesan belahan. Setiap
teknik ini ini hanya berupaya memberikan pentarikhan pada masa tertentu sahaja.
Sebagai contoh, pentarikhan K-Ar boleh
digunakan bagi tempoh 100,000 hingga 3 juta tahun dahulu; OSL digunakan
untuk pentarikhan tapak dari 50,000 hingga
1 juta tahun dahulu; sementara C14 paling sesuai untuk 1,000
hingga 40,000 tahun dahulu. Kaedah yang digunakan bergantung pada anggaran tarikh oleh ahli arkeologi
berdasarkan ekskavasinya. Jika sesuatu tapak itu dianggarkan antara 20,000
hingga 30,000 tahun dahulu, maka teknik pentarikhan C14 menjadi
pilihan terbaik jika terdapat sample yang diperlukan seperti arang kayu atau
cengkerang. Jika tiada sample, maka pentarikhan relative akan digunakan yang
bertindak atas prinsip menyusun artifak dalam urutan tipologi (dari yang muda
kepada yang paling tua).
Disiplin Paleontologi
Paleontologi
adalah bidang yang mengkaji tentang
fosil haiwan, tumbuhan dan bentuk- bentuk hidupan purbakala. Hasil daripada kajian tersebut kita dapat
mempelajari tentang taburan tumbuh- tumbuhan dan haiwan pada masa silam.
Melalui kaedah paleontology ini dapat mengesan migrasi besar- besaran
binatang purba akibat perubahan iklim setempat. Jika tumbuh- tumbuhan dan
binatang- binatang tidak dapat hidup lagi di sesuatu kawasan kerana perubahan
iklim dan ini terjadi di tapak- tapak arkeologi maka seorang ahli arkeologi
dapat membuat keimpulan bahawa iklimnya adalah berbeza semasa tapak itu diduduki.
Kaedah yang paling tepat adalah pentarikhan “gelangan pokok” yang
memberikan tarikh mutlak. Tarikh- tarikh ini adalah sangat tepat dan digunakan
masa kini untuk memeriksa pentarikhan radiocarbon. Ini bergantung kepada fakta
bahawa di bawah keadaan persekitaran yang sesuai pokok- pokok akan menambah
satu gelangan setiap tahun.
Kajian tulang di tapak- tapak
arkeologi juga dapat memberi asas kepada kronologi. Perubahan iklim boleh
menyebabkan migrasi atau penghapusan dan membawa binatang- binatang dan tumbuh-
tumbuhan yang berbeza ke kawasan tersebut. Dengan mengambil kira kedua- dua
faktor ini kita dapat menggunkan paleontology untuk menentukan tarikh relative. Dengan itu, jika terdapat spesis Elephas
antiques (gajah hutan) kita boleh mengandaikan wujudnya iklim sederhana di
kawasan itu, manakala E. primigenus (gajah
padang rumput
Steppe) menunjukkan persekitaran steppe atau tundra dengan keadaan glacial.
Disiplin Fizik
Disiplin fizik
turut berperanan dalam pengkajian arkeologi. Hasil jumpaan arkeologi yang
tertanam mempunyai perbezaan daripada segi kadar
radioaktif dalam bentuk aktiviti beta dan alfa. Perbezaan kadar radioaktif
ditentukan dengan menggunakan alat khas iaitu jangka aliran berkadaran. Melalui
penggunaan alat ini korelari antara radioaktif persekitaran tanah matrik dan
jumpaan arkeologi dapat ditentukan.
Pentarikhan
magnetic (paleomagnetik) juga dapat memberikan tarikh mutlak dengan
ketepatan beberapa dekad. Kaedah ini bergantung kepada perubahan dalam medan magnet bumi.
Perubahan sudut curam antara utara magnet dan utara yang sebenarnya dan
perubahan angle of dip bagi jarum
magnet telah direkod bagi 400 tahun di London dan bagi masa- masa yang lebih
pendek di bandaraya- bandaraya lain. Kajian telah menunjukkan bahawa sudut
sendeng dan sudut dip adalah
terperangkap dalam tanah liat terbakar dan dalam pelbagai jenis sediment dalam
dasar tasik. Dalam tanah liat biasa, medan
magnet bagi bijirin magnetit dan hematite berlaku secara rawak. Apabila tanah
liat dibakar, bijirin- bijirin disamakan dengan medan magnet bumi yang berada disekitarnya.
Apabila sejuk, kesamaan bijirin- bijirin ini dibekukan dan dapat direkod selagi
tanah liat dipelihara dengan baik. Kesamaan yang tetap bagi bijiri- bijirin ini
dikenali sebagai kemagnetan baki- haba. Dari segi praktis, kaedah ini terhad
disebabkan rekod- rekod yang tidak mencukupi.
Disiplin Antropologi
Antropologi
merupakan satu bidang kajian yang cuba mengkaji manusia daripada
pelbagai aspek iaitu fizikal, budaya, sosial, linguistic dan sejarah Menurut Edward Taylor, ‘budaya’ dapat dirumuskan sebagai pengetahuan,
kepercayaan, seni, moral, undang- undang dan adat.
Disiplin antropologi dibahagikan
kepada tiga bahagian. Antropologi budaya tertumpu kepada mengkaji kepelbagaian
sosio-budaya. Antropologi linguistic mengkaji bahasa, manakala antropologi
biologi mengkaji evolusi manusia. Ahli- ahli antropologi akan mengkaji perkaitan artifak- artifak yang dijumpai
dengan sistem kebudayaan, sosial, kepercayaan dan sebagainya. Sebagai contoh,
penemuan bengkel alat batu di Kota Tampan telah membongkar rahsia teknologi
batu awal. Banyak penemuan kini menunjukkan bahawa petempatan manusia awal yang
hidup sebagai pemburu 200,000 tahun dahulu di Hulu Perak. Kenyataan ini
berdasarkan penemuan- penemuan alat- alat batu yang berfungsi sebagai alat
untuk memburu.
Antropologi mengkaji kebudayaan
manusia dan proses evolusinya. Antropologi mengkaji cara masyarakat awal
berkembang dan tamadun terbentuk dalam proses yang kompleks, dinamik dan
berubah- ubah serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk persekitaran,
hubungan dengan yang lain, pertambahan populasi dan keperluan yang berubah.
Disiplin Palinologi
Analisis debunga
(palinologi) telah dikembangkan oleh seorang ahli botani berbangsa Sweeden
iaitu Lennar Von Post pada tahun 1916 yang berminat dengan pokok- pokok hutan.
Teknik ini seterusnya dikembangkan kepada kaedah yang diperhalusi untuk
mengenal pasti Quaternary dan
perubahan- perubahan iklim serta kronologi selepas zaman pleistosen.
Analisis yang tepat bergantung
kepada sama ada tumbuhan menaburkan debunganya dengan meluas dan sama ada ia
terpelihara dengan baik atau tidak. Analisis debunga adalah satu kerja yang
sukar dan rumit berdasarkan pengenalan mikroskopik debunga daripada tumbuh-
tumbuhan moden. Apabila bijirin moden ini telah dikenal pasti, sejumlah bijirin
boleh diambil daripada sample timbunan arkeologi dan dikira bilangan tiap- tiap
sepsis daripada tumbuhan- tumbuhan. Dengan memplotkan frekuensi relative
sepsis- sepsis yang pelbagai melalui suatu tempoh masa, maka penganalisis dapat
membuat suatu rajah debunga yang menunjukkan perubahan tumbuhan- tumbuhan bagi
kawasan yang terlibat.
Analisis
debunga sangat berguna bagi pentarikhan relative dan mutlak. Walaupun sejarah iklim- flora disesuatu kawasan hanya
dapat digariskan secara kasar, namun kita boleh mengenal pasti debunga dari
zaman antara glasier panas atau glasier sejuk tanpa menentukan tarikh. Jika
kronologi dapat diwujudkan dengan lebih mendalam, sesorang dapat menentukan
profil debunga dari segi beratus- ratus tahun untuk memberi kronologi mutlak
secara kasar.
Pentarikhan tapak melalui penggunaan
debunga selalunya memerlukan suatu strata urutan yang panjang untuk membolehkan
kita mengesan perubahan yang berlaku. Strata ini harus diberkan tarikh supaya
usia debunga dapat diberikan pentarikhan. Walau bagaimanapun, ahli palinologi
menghadapi masalah berhubung dengan debunga dari kawasan kering kerana mendapan
organic tidak dapat ditarikhkan oleh radiocarbon.
Disiplin Geologi
Disiplin geologi amat penting
dalam penentuan umur jumpaan arkeologi. oleh sebab
manusia tinggal di permukaan bumi maka tidak hairanlah jika tulang- tulang
mereka dan bukti- bukti kehadirannya ditemui di atas permukaan. Permukaan bumi
sentiasa berubah hasil daripada hakisan, penimbunan dan pelbagai proses lain
yang dinamakan geologi. Proses yang sama juga tertakluk pada fakta bahawa
barangan yang dahulunya terdapat di permukaan akan tertanam manakala barangan
yang tertanam akan didedahkan semula.
Analisis nilai merupakan
teknik geokronologi. Nilai terdiri daripada dua lapisan. Mendapan kasar
terletak di bahagian bawah dan mendapan halus di bahagian atas. Mendapan halus
mendap pada musim dingin apabila tasik itu beku dan bahan yang lebih kasar
dimendapkan pada musim panas apabila cuaca lebih panas dan kadar pencairan
lebih tinggi.
Disiplin
Sejarah
Dalam arkeologi memerlukan sejarah. Sejarah
adalah fakta yang bertulis. Semasa melakukan pengkajian arkeologi kaedah
sejarah turut digunakan. Fakta sejarah yang sedia ada akan dijadikan asas
kepada kajian.
Kajian-
kajian arkeologi yang lalu yang sudah dianggap sebagai fakta sejarah akan
menjadi klu kepada penyelidikan yang baru. Sebagai contoh, ekskavasi
Paleolitik yang dijalankan di Lenggong
pada tahun 1987 adalah berdasarkan ekskavasi yang pernah dijalankan di situ
pada tahun 1938 dan 1954. Begitu juga dengan
ekskavasi yang dijalankan di Lembah Bujang. Fakta- fakta sejarah ini mungkin
akan berubah hasil daripada penemuan- penemuan baru.